Salam Hujung Syawal

October 16, 2009 | |

Tggl 3 hari jer lagi syawal akan meninggalkan kita.. cepat masa berlalu. Post terakhir pun beberapa bulan yg dulu. Projek BNM nih masih on going… patutnya kitorg dah nak kene masuk production bln 11 ni. Tapi nampaknyer mcm postpone jer. Tapi skrg nih dah x bz sgt mcm awal thn hari tu..

Me pun dah get used ngan ada anak 2 org ni. Masa awal2 dulu ala2 kelam kabut jugak la. Izzah pun skrg x terasa n jeles bila me dulukan adik. Kekadang jer la. Maybe sbb me pun x selalu sebelahkan adik.. so Izzah still rasa me ambil berat pada dia. Adik nih pulak.. apa yg kakak pegang n main semua dia nak juga.. so me selalu ckp kat adik.. jgn ambik kakak punya (plus mainan kakak x sesuai utk dia). Kakak pun sama jugak.. kekadang mainan adik pun dia nak main jugak.. me selalu ckp jgn rampas mainan adik, nanti adik akan rampas mainan kakak pulak.

Izzah masih belum boleh baca.. tp dah boleh eja n kenal huruf2. Me pun x harap tinggi. Faham yg dia belum cukup 5 thn pun.. so pencapaian dia skrg dah memuaskan hati. Tadika islam tu pun not bad… Izzah dah boleh hafal mcm2 doa, surah2 lazim dan basic solat. Me janji ngan Izzah, kalau dia boleh kenal huruf.. me akan belikan dia basikal. Masa janji tuh as a motivation pd dia.. sbb awal2 dulu cikgu dia ckp Izzah nih byk x kenal huruf. Nampaknya kene bg hadiah basikal la sempena besday dia. Basikal yg lama pun dah hampir punah n rendah sgt utk dia.

Firas pulak masih belum boleh merangkak. Tapi menyusup (style askar) kesana kemari dengan begitu expert sekali. Compare dgn Izzah dulu, Firas nih berbadan halus tp tinggi. Susu minum x byk, makan pun x byk. Lepas 2 or 3 sudu makan terus mula menyembur2 makanan. Tapi kalu time me makan, me suap dia.. x de pulak dia menyembur2.

Me dah stop eksklusif breast feed since puasa hari tuh. Tercapaila jugak nak fully BF sampai umur Firas 6 bln. Rasa mcm ralat la juga. Tapi me redha. Kalu ada anak no 3 nnt nak try fully BF lama lagi. 

Personal life… alhamdulillah, walaupun x dpt promotion hari tu tp at least dpt adjustment gaji. Tapi harapan nyer nak dpt keje gomen yg dekat dgn rumah hehe.. demand la pulak kan..


Comments



Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind