Jan
13
Hari pertama Izzah ke sekolah
January 13, 2009 | |
5 Jan 2009 hari pertama Izzah ke sekolah. Izzah masuk tadika islam di SRA Segambut. Malam sebelum tuh ajak dia tidur awal sbb nnt nak bangun awal pergi sekolah. Alhamdulillah, bangun tidur senang, mandi pun senang. Excited jer dia pakai baju sekolah. Kasut dah banyak kali pakai sejak beli. Lepas siap-siap suruh dia sarapan dulu.
Abah pesan kat Izzah nnt lepas hantar dia abah hantar ummi pergi klinik pulak. Dah dekat waktu balik baru abah akan dtg amik Izzah kat skolah. Izzah ckp ‘OK’.
Masa sampai sekolah tuh ramai parents yg baru masa tuh la nak daftar and bayar yuran. So budak2 nih terpaksa lah menunggu. So bila lambat start aktiviti maka adalah budak2 yang sempat la nak menangis and merajuk. Dah settle semua pendaftaran budak2 yang 6 tahun diasingkan dari yg 5 & 4 tahun.
Me tempatkan Izzah kat meja depan sekali. Then tunggu kat luar jer. Tetiba Izzah keluar and ckp ‘Td ummi cakap nak pergi klinik, pergilah balik’. Rasa sedih la pulak sbb kene suruh balik ngan anak haha.. Even dia ckp cam tuh me still tggu dia jugak lagi. Bila Izzah nampak dia jerit dr dalam ‘ummi pergi la balik kata nak pergi klinik’. So terpaksa lah duduk jauh2 bagi dia tak nampak.
Baru nak start kelas then bebudak nih kene masuk kelas 6 thn sbb nak tukar meja kepada meja yang baru. Tak tau la knp skolah tak siap-siapkan dulu sebelum kelas mula. Mujur me and hubby tak balik lagi time tuh. So me tolong carikkan tempat sementara untuk Izzah duduk. After 5 minutes, me pun pergi klinik for maternity check-up. Tinggal lah Izzah seorg di skolah. Abah pun dah nak habis skolah baru datang balik ke sekolah untuk jemput Izzah.
Balik rumah me tanya belajar apa? Izzah cerita itu ini tapi me tak ble nak faham sbb tak nampak apa dia buat. Me tanya cikgu ada bagi makan tak? Izzah cakap makan roti coklat dengan air milo. Tak sedap.. Hihi.. banyak plak komplen dia. Alhamdulillah sebab Izzah OK and tak banyak kerenah.
Comments
1 Comment so far
Adah,
happy mother’s day!
lama tak dengar cerita…