Birthday Izzah yang ke 4 (2008)

December 12, 2008 | |

Lupa nak update sal birthday Izzah.. 29 Nov yg lepas birthday Izzah yang ke 4. Buat majlis potong kek mcm tahun lepas. Jemput sepupu-sepupu Izzah yang duduk dekat-dekat rumah jer.

 

Tahun nih kek power puff girl lagi, actually 2 hari sebelum tuh dah suruh abah pergi tempah kek kat baker’s cottage bangsar. Me tak reti nak pergi sendiri ke sana plus area situ yg mmg slalu byk kete and susah parking. Tapi biasa la.. abah nih busy  sokmo. Last2 hari jumaat tuh baru pergi tempat. Baker’s cottage kene at least buat tempahan 2 hari sebelum nak amik. Dipendekkan citer abah tempah kat bread story SS2, punyerlah jauh perginyer.

 

Memula plan nak buat ptg sabtu, but sebab kek siap ptg sabtu so kene la potong kek malam. Dah la abah blk lambat mlm tuh. Dah kul 8.30 tak sampai rumah lagi.. geram jer . 9.15 baru abah sampai and siap sket2 terus potong kek sebab sepupu2 Izzah semua dah sampai. Bila tengok kek yg abah tempah tuh comel, sejuk hati. Tapi kecik sket compare yg we order last year kat baker’s cottage even sama jer 1kg. Agaknyer bread story nih banyak letak fresh cream kot.

 

 

Izzah sekarang dah tau apa nak buat, lepas nyanyi jer terus je dia tiup lilin and potong kek, but of course la me kene guide. Kalu tak mau hancur kek tuh. Then me biar dia main2 dengan sepupu2 dia. Bila semua orang dah balik barulah me and abah bagi hadiah birthday Izzah. Barbie princess ala-ala cam yg Izzah nak. Actually Izzah nak Barbie yg Diamond Castle. Tapi bila rege dia almost rm90 rasa tak berbaloi plak. Last2 beli Barbie princes yg murah sket. Itupun guna voucher Isetan yg me dapat masa lucky draw family day opis. So tak de la rasa ralat sangat nak kuarkan rm60 untuk satu anak patung. Esoknyer.. kasut Barbie tuh dah hilang.. rambut dia pun dah kusut.. mmm kalau ummi tau, ummi beli Barbie yg murah-murah jer.

 

 

To Izzah, ummi dan abah doakan semoga Izzah berjaya dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah dan bahagia selalu, murah rezeki dan panjang umur. Ummi dan abah sayang Izzah walaupun ummi selalu marah Izzah bila Izzah nakal (kalau tak nakal mestilah ummi tak marah) and abah tak banyak masa untuk main dengan Izzah. Terima kasih sebab Izzah jadi penyeri hidup dan topik perbualan ummi dan abah.

 

 


Comments



2 Comments so far

  1.    suzi on December 12, 2008 7:05 pm

    salam,
    hepi bday izzah…semoga menjadi anak solehah kebanggaan ummi & abah :)

  2.    anna on December 25, 2008 4:54 pm

    happy birthday to IZZAH

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind