Hari raya Aidiladha tahun nih me n family sambut di Sekinchan. Pagi-pagi dah kejut Izzah bangun untuk mandi, me and her abah bagitau hari ni hari raya so kene bangun awal and mandi awal. Me cuma pakaikan Izzah baju kurung time raya and time menghadiri kenduri kawen jer. So bila dah pakai baju kurung plus raya, dalam mind dia dah set untuk jalan2 beraya and ada duit raya. Tapi… kat kampong me, raya hari org tak gi jalan2. Kalau jalan pun setakat gi umah jiran or sedara terdekat sebab semua org sibuk dengan ibadah korban. Pagi tuh Izzah dengan  bangganyer bg tau sepupu2 dia yg besar baju kurung dia ada poket sebab nak taruk duit raya.. hehe.. cian anak ummi.

Sepanjang pagi dia sibuk tanya bila kita nak jalan raya?. Me dah explain yg raya kali nih tak sama dengan raya yg satu lagi. Raya yang ini orang sembelih lembu. Tapi susah juga nak bagi budak umur 4 tahun ni faham. Akhirnya me bawak la jugak dia jalan rumah jiran, sebab kebetulan my mom nak anta rendang. Dapat la duit raya seringgit and senyap lah dia selepas itu. Bila mak ngah balik dapat lagi duit raya 2 ringgit sbb mak ngah tau Izzah ingat raya nih org bagi duit raya.

Dua hari sebelum Aidiladha rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Takziah kepada mangsa-mangsa tragedy tersebut. Mungkin ini adalah pengorbanan yg harus mereka tanggung sempena Aidiladha. Secara logiknyer kebanyakan mangsa tak rela di ragut harta bende dan insan tersayang. Nabi Ibrahim pun tak rela juga untuk mengorbankan anaknya nabi Ismail pada mulanya. Tapi berkat kekuatan iman , keredhaan serta kesabaran keduanya, akhirnya perintah korban tersebut dilakukan juga oleh nabi Ibrahim. Kisah korban ini terdapat dalam surah  Ash Shaaffaat ayat 102-110.

Mangsa tragedi harus percaya bahawa pengorbanan yg terpaksa mereka tanggung ini sesuai dengan apa yg mampu mereka tanggung dan pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

An Najm:31. Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga).


Comments



Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind