Dec
9
3D scan & persiapan sambut adik
December 9, 2008 | |
Semalam me pergi buat 3D scan di Vision College Kelana Jaya. Me tau tentang kolej nih melalui forum di cari.com.my. Bayaran nyer Cuma RM60 + cd yg mengandungi gambar 3D adik and avi file masa tgh scan adik. Murah kalau compare dengan buat kat klinik or hospital swasta (kat gomen belum ade rasanyer). But since dorg nih bukan la doctor tapi orang2 yg hanya arif tentang teknologi sonogram, so don’t expect they will give you macam-macam info pasal your baby and pregnancy macam doctor ble bagi.
Actually dia scan still in 2D format, but then from 2D tuh dia generate jadikan 3D image. Sape-sape nak try boleh call 03-78038300. Kene buat appointment dulu. Masa scan semalam adik tengah nyenyak tidur and tangan dia cover muka dia sket, so x nampak jelas sgt. Comel jer nampak jejari tangan and kaki dia. Muka rasa2 cam nak sama ngan Izzah and abah lagi jer. Jantina kurang pasti sebab adik malu nak tunjuk. So surprise.. tunggu dan lihat jer la nanti yang keluar boy ker girl.
Mengandung kali nih me ada mesin jahit, so dapat la jahit sendiri beberapa kelengkapan adik mcm barut, bedung and nursing pillow. Barut lama Izzah masih ada, tapi sebab dah simpan lama sangat dah ada warna kuning2. kesian la pulak nak bagi adik pakai yg dah lama and takkan as 2nd child semua nak kene waris dari anak yg sulung. So me buat la jugak yang baru untuk adik and beli la jugak beberapa pasang baju baru untuk adik. Cuma baju2 Izzah yang masih nampak mcm baru jer yg di recycle balik. Yang lain semalam me taruk dalam kotak and tulis ‘ Sila ambil ! baju baby and permainan kanak2’ and tinggalkan dekat area tong sampah. Balik dari scan tuh kotak tuh dah tak ada.
Sekarang nih bedung (swaddle) pun dah advance, me beli satu yg instant nyer and try tiru. Hubby cakap sama mcm yang beli. Me buat 2, so dah ble jimat RM100 dah. Masa awal2 mengandung dulu me mang terpikir nak buat bantal bentuk ‘U’ sebab senang nak menyusukan baby. Tak de la lengoh sangat tangan. Time tgh gogle2 carik pasal sling, terjumpa nursing pillow. Rupa-rupanyer bantal untuk menyusu baby nih dah wujud dah. Ish.. kampong sungguh daku ini J. So based on gambar2 and instruction from internet me buat satu mengikut my citarasa. Nih untung nyer bila kita buat sendiri, boleh buat ikut apa yang kita nak. Sarungnya me dah buat awal2 so balik kampunh hari tuh, beli kekabu untuk isi dalam bantal. Hasilnya sungguh memenuhi citarasa ku. Husband pun cakap tak rugi beli mesin jahit J. Projek last sebelum simpan mesin jahit ialah sling. Harap2 sempat la buat sebelum bersalin.



