Sep
18
Cerita bulan Ramadhan
September 18, 2008 | |
Sekejap jer dah 19 hari kita puasa. Tak tau la ada orang perasan ker tak yg bulan puasa nih tarikh masihi and tarikh hijrah sama. 19 september= 19 ramadhan. Menarik bukan?
Alhmadulillah sepanjang 19 hari nih masih lagi diberi kekuatan oleh Allah untuk berpuasa. Harap-harap dapat puasa penuh tahun ni. Malas sebenarnya kalau nak kene-kene ganti puasa nanti.
Time berbuka tuh kadang-kadang tak lalu juga makan. Tapi kene lah jugak makan kan. Minum air jer yang banyak. Time sahur pun selalu tak lalu makan. Tapi mengenangkan makan bukan untuk diri sendiri lagi, so lalu-lalukan lah jugak.
Actually my family side kitorg kalau buka time bulan puasa nih jarang makan nasi. Buat mee kari ker, mee bandung ker, soto ker dll. Nasi masak jugak sikit tapi bukan makanan utama untuk berbuka. Family hubby pulak memang buka makan nasi. So me nak buat bende2 yang mcm style my mom kang tak de org nak makan la pulak. So balik kampong hari tuh me ckp kat my mom nak buka puasa makan bihun sup which is dah lama teringin nak makan. My hubby pun makan selera, dia actually memang x suka makan nasik sgt. The next day tuh masak mee bandung. Makan sahur pun rasa berselera sangat. Mungkin sebab kene dengan tekak and masakan mak lah yang yang mengisi perut nih dari kecik kan. So sempoi cam mana pun lauk bersahur tetap rasa sedap.
Nih dalam otak nih rasa macam2 biskut raya nak buat. Tapi pregnant kali nih cam malas la nak buat biskut. Mmm kalau teringin sgt nanti kenelah memaksakan diri untuk rajin. Teringat biskut tart nanas kak nor. Nanti nak suh dia buat la. Teringat gak mee burma kak junaidah.. pedas tapi nak jugak makan sedap sedappp sangat. Masa kecik dulu kalau dekat-dekat nak raya, lepas subuh mak buat adunan biskut raya then me la yg terap and bakar. Sampai lenguh2 nak menyiapkannya. Sampai tghari kekadang baru siap. Sebab sekali duduk tuh buat 2 3 jenis biskut terus. Time tuh mana ada sgt org jual biskut raya nih.
Time bulan pose jugak la masa untuk bermain bunga api, mercun and meriam. Pelik kenapa budak-budak sekarang nih main sampai putus2 jari. Kitorg dulu main x de la dengar kes-kes cam nih. Ada pun x banyak. Kat atas me semua abang2, so join la aktiviti budak lelaki nih. Selalunyer meriam start bunyi lepas buka puasa and waktu subuh lepas sahur. Siap lawan2 lagi sapa nyer meriam paling kuat. Bunyi meriam bersahut-sahutan satu kampung.
Dulu we used paip concrete untuk buat meriam, so x de la meriam tuh terpecah cam buluh. Ada jugak budak kg yg guna paip palstik. Me pun tau la apa step2 nak buat sebelum kita cucuh meriam tuh. Tapi kitorg dulu mmg x cucuh dekat2 la. Cucuh dari jauh jer sbb takut gak kalau termeletup ker apa. Alhamdulillah selamat. Sekarang nih jer bebudak terlebih pandai sangat. Taruk belerang dlm paip la, dalam botol la. Medium yang digunakan pun dah tentu2 berbahaya. So kesimpulannyer me setujulah kalau budak2 zaman skrg tak dibenarkan main meriam or mercun. Sebab dorg nih kreatif tapi silapnyer tak kene pada tempatnyer.