Jul
23
Izzah part 12: Bila anak pandai berkata-kata..
July 23, 2008 | |
Pada satu malam..
Ummi: Izzah.. jgn main2 dekat perut ummi. Dalam perut ummi ada baby.
Izzah: Sorry.. Dalam perut ummi ada baby? Makanan duduk mana?
Ummi: (pikir2 apa nak jawab). Dekat atas tempat makanan (sambil tunjuk area perut), bawah sikit tempat baby (sambil tunjuk area kedudukan rahim). Bawah lagi tempat kencing..
Izzah: ooo.. baby duduk kat sini, sini tempat kencing (sambil pegang2 perut ummi)
Ummi: iyer.. Abah, nnt kita beli encyclopedia human body la yer (ckp kat abah.. senang sket kot budak2 nak faham kalau tgk gambar)
Lepas balik kerja selalunyer rasa sgt letih. Kadang2 mcm x bermaya nak layan Izzah main. Kalu boleh nak tidur awal jer. One day time dah nak terlelap.. Izzah tgh main..
Izzah: Ummi jom la main sama Izzah.
Ummi: Ummi penat la sayang..
Izzah: Ummi ni jahat la!
Ummi: Ha!.. kenapa Izzah cakap ummi jahat?
Izzah: Izzah tak suka bila ummi tak nak main sama Izzah..
Ummi: (alamak.. rasa bersalah nyer) Oklah.. jom kita main sama. (Terpaksalah mengagahkan diri melayan dia main sekejap J )
Selepas selesai sembahyang ..
Izzah: Ummi.. kenapa kita kene pakai telekung. Abah kenapa pakai topi saja
Ummi: Sebab girl x boleh nampak rambut, nampak tangan, nampak kaki masa sembahyang.
Izzah: Abah?
Ummi: Orang lelaki boleh nampak rambut, nampak tangan , nampak kaki.
Izzah: Ooo.. sape yang suruh
Ummi: Allah yang suruh.
Izzah: Ooooo