Mar
23
Lepas geram: KTM Komuter yg hampeh
March 23, 2008 | |
Pagi-pagi lagi dah stress. Punyalah bersemangat nak pergi keje lepas cuti lama. Last-last train problem lagi. Spoiled mood betul tau. Pada hal dah keluar rumah awal tuh. Semua org yg kat train tuh x bersalah. Yang bersalah ialah KTM. Cuba la tepati schedule tuh, sure x terdelay bertindan2. Once delay jer, orang jadi makin ramai kat semua station. Bila org dah ramai, satu train jer dah x cukup utk memuatkan org2 yg ada kat setiap station.
Delay satu train, kalau kat segambut tuh sampai train ke 3 pun belum tentu boleh masuk tau. Dah la delay, gap antara stp train pun jauh2. Patutnya satu train delay, train yg lepas tuh kene la jalan ikut schedule dia jugak cam ne pun. Kalau train rosak pun sama jugak. Dah la x bg update time by time berapa lama lagi nak ok. Kekadang tuh siap suh org carik alternatif lain sbb ketapi rosak. Dia x tau ker org x naik ketapi kalau ada alternatif lain. Sape lah yg jaga logistik and recovery planning KTM nih. Bende2 basic cam tuh pun x ble nak piker ker, or malas nak piker or sajer jer buat tak tau.
Sepatutnya, every peak hour time org nak gi keje tuh, kene la ada train yg mula amik penumpang dr kepong sentral. Kalau nak harap train yg dr rawang or dr kuala kubu baru tuh yg akan berenti amik penumpang kat kepong n segambut lepas tuh, memang la tak muat. Lagi satu x boleh jer adjust sket keretapi antara Bandar tuh jgn lalu time org2 kat area selangor kl nih nak pegi keje. Actually banyak cara utk dorg smooth kan perkhidmatan komuter nih. Antara nak and tak nak jer.
Kata belanjawan thn lepas nak tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tapi x pernah pun tertingkat. KTM teruk, infact sangat teruk lately ni. Takkan la sebab pembangkang banyak menang pun dlm PRU lepas service jd teruk. Dorang nih berkhidmat utk rakyat, bukan utk pemimpin. Sape2 pun pemimpin pas nih, tanggung jawab kene buat elok2. Bas pun sama jugak. Kalau kat segambut tuh, setengah jam baru ada 1 bas. Tapi bila dah ada, sampai 2 , 3 sekali datang. Eeeee… geram tau. Nasib la I don’t have an option. Bila la nak dapat kete nih. L
Comments
1 Comment so far

Dah berkali-kali rasa apa yang adah rasa. Sabar jer lah…