Nov
7
Rasa.. fikir.. tentukan..
November 7, 2006 | |

Pernah kah
terasa yg anda seorg yang gagal. Melihat rakan-rakan di sekitar anda
mempunyai kerjaya yang hebat, pendapatan yang lumayan, hidup yang selesa… anda
terasa diri kerdil.. Anda bayangkan alangkah indah nya jika hidup ku begitu..
Pernahkan anda terasa betapa sedihnya dan tertekannya
hidup yang anda lalui.. anda kecewa bila perjalanan hidup anda tak seperti apa
anda impikan..
Pernahkan anda terasa marah dan kecewa.. bila anda yang
bijak pandai hanya sekadar pekerja biasa..
Pernahkan anda terasa lemas memikirkan kehidupan yang
menyesakkan..
Pernahkan anda menangis memikirkan masa depan ..
Tapi… pernahkah terfikir… jika semua itu anda miliki,
masih cukupkah.. atau anda akan tetap meminta untuk lebih.. anda tidak pernah
merasa cukup..
Terfikirkah anda.. untuk apa ujian itu di berikan.. anda disayangi atau anda bernasib malang
Terfikirkan mengapa itu kerja yang anda lakukan.. tahukan
anda, kerjaya anda ada manfaatnya pada anda dan orang lain..
Apakah hikmahnya anda melalui hidup yang sukar, apa yang
lebih anda pandang.. kesenangan didunia semata atau akhirat yang lebih utama…
Sesungguhnya anda yang menentukan apa yang anda ingin
fikir, anda tentukan apa yang anda ingin rasa, anda tentukan apa yang anda
ingin perbuat..
Al-Ankabut : 2. Apakah manusia itu
mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah
beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Al-Baqarah: 186. Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon
kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Al-Baqarah: 286. Allah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum
kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan
rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir."
Comments
3 Comments so far
Adah, baguslah post awak ni. Sedikit sebanyak menyedarkan dan menguatkan kite daripada dugaan yang tengah kite hadapi sekarang ni.
hai kak adah..
betul apa yg akak tulis tu
kdg² kita tak sedar bahawa kewujudan kita atau apa kerja yg kita buat banyak memberi manfaat pada org lain.
yg kita tahu kita hanya nak berlumba² mencukupkan segala yg tak cukup tanpa kita sedar sebenarnya kita ni sangat la beruntung berbanding org lain.
Dia hanya sediakan yg terbaik utk kita..
emm… betul tu kak adah..
manusia selalu tak pernah puas dgn apa yg mereka miliki…
pandangan manusia selalunya bukan yg hakiki..