Kita dan Pengutip Sampah

November 8, 2006 | |

Lorry
Satu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, waktu kebiasaan lori sampah mengutip sampah2.  Kereta kami terberhenti di belakang lori sampah kerana jalan yg sekadar muat2 je. Then seorg pekerja menahan kereta dr arah bertentangan supaya kereta kami boleh lalu.

Baiknya hati pakcik tuh.

 

Dihadapan kereta kami terberhenti semula sbb trafic light. Pakcik td muncul kembali dgn wajah yang bersungguh2.

 

"Rajin betul pakcik nih, bersungguh2-sungguh betul dia buat kerja"

Walaupun bekerja sebagai pengutip sampah, kerja yang kebanyakan dari kita tak nak buat. Tapi pakcik tadi bukan sahaja sekadar bekerja, tapi bekerja bersungguh-sungguh. Kekadang kita tak ambil kesah pun tentang org2 yang berkerja sebagai pemungut sampah, tukang sapu atau pencuci tandas nih. Tapi seharusnya kita sedar, tugas mereka tetap memberi impak positif pada kita. Mereka melakukan kerja yang kotor supaya kita tidak kotor. Mereka sanggup bersusah menahan bau supaya kita merasa selesa. Bayangkan saat kita tak sanggup mencium bau sampah dari lori mereka, mereka pula berada didalam lori tersebut.

 

Seharusnya ucapan terima kasih yang harus kita berikan.. bukan pandangan hina kepada meraka. Walaupun gaji mereka tidak beribu, tapi sumbangan mereka tidak kurang hebatnya dengan mereka2 yang berjawatan tinggi.

 

Tapi, sistem pengurusan sampah di negara kita perlu di angkat ke satu tahap yang lebih baik. Supaya pengurusannya lebih mudah, dan persekitaran lebih bersih. Aku amat berharap satu hari nnt tak ada lagi lori sampah yang busuk dan tak akan ada lagi longgokan sampah yang menyakitkan mata ditepi-tepi jalan. Itu barulah mencerminkan sifat islam kita.. bersih..


Comments



1 Comment so far

  1.    Nana on November 14, 2006 5:02 pm

    betul….
    mak saya pon tak bg kita tutup tingkap keta or tutup hidung bila lalu depan lori sampah…
    diorg busuk sbb kita yg dok wat busuk tuh…

    hormat dgn org lain, supaya org hormat dgn kita..

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind