Nov
4
Alphabet Monster
November 4, 2009 | | Leave a Comment
Ingat tak lagu time skolah tadika dulu :-
Rajin adik rajin..
Rajin lah belajar..
Bila besar nanti..
Boleh tunjuk ajar..
Ayah juga ibu..
Gembira selalu..
Melihat adikku..
Rajin baca buku..
Nov
3
Flowers for me !
November 3, 2009 | | Leave a Comment
2 November lepas dpt call from hubby. Tetiba suh tunggu depan gate opis.. Ingatkan ada urgent apa.. suh ckp dpt tepon x nak.
Sampai kat gate, hubby pun elok2 jer sampai.. pas tu terus suh masuk dalam kete. Rasa cam kene culik ngan suami sendiri jer huhu.. Pas tu dia tunjuk kat seat belakang.. Flowers for me!!!… syok nyer.. best nyer.. terharu nyer…
Tapi ini agak luar biasa.. not my birthday, not our anniversary.. not his payment date.. dia sengih2 jer bila me tanya.. pastu ajak gi kuar minum jap.. selamber badak hippo jer gi minum kat luar.. padahal baru jer dpt email amaran dr big bos devision muahaha.. me ckp “Tetiba jer bg bunger nih.. Jgn ckp nak mintak kawen lagi erk!” muahaha…
Ruper2nyer hubby citer sblm tuh dia gi The Mall, time makan sesorg tuh dia rasa busan n teringat kat me. Pas tu nampak plak kedai bunger.. tuh yg dia beli bunger utk me.. actually lama dulu penah ckp kat hubby bg la me bunger tp dia x penah nak bg pun. Akhirnya today dia bg sbb dia ckp x best bg bila kita mintak. Bila bg time unexpected cam nih baru best.. n mmg betul pun .. rasa best n bahagia jer.. rasa dihargai n sangat disayangi muahaha..
Dulu time bercinta selalu gak hubby buat kezutan2 romantis nih.. tp sejak dah kawen nih ada gak kezutan tp x byk sgt sbb bz sokmo (last kezutan time besday hari tuh.. dpt hadiah
) n me pun paham (me kan isteri yg memahami).
To abang.. Thanx for d lovely flower and I luv U too. Balik umah Izzah plak yg excited ummi dpt bunger. Siap canang satu umah Abah cintakan ummi.. hihi
Nov
1
I wish …
November 1, 2009 | | Leave a Comment
I wish I had 30 hour per day so that I have time to sew my waiting list projects. Greedy me… mesti ada hikmah kenapa dlm sehari Allah Cuma bg 24 jam sahaja.
I wish to buy new sewing machine. Insyaallah, satu hari nnt pasti akan tercapai juga.
I wish I got promotion. But I only got salary adjustment. Alhamdulillah, pasti ada hikmah and belum rezeki lagi kot tuk dpt promotion thn ni.
I wish for short listed candidate, but it’s a long list. Kalau mmg dah rezeki, isyaallah akan dapat juga.
I wish I waited a little longer sblm beli kereta sbb cam best jer tgk kereta Honda City baru. But pasti ada hikmahnyer.. kalu beli HC mesti montly bayar lagi byk dr Saga.
I wish they could see what I saw and I wish I could save them. But Allah dtgkan ia sebagai ujian, for me, us and them. Hanya sedikit yang bersyukur, semoga me n my family termasuk dalam golongan yang sedikit. Amin.
I wish I could correct many things. But Allah sebaik-baik pengatur. Pasti ada hikmahnya dikemudian hari.
Oct
21
Firas : Rayyan guruku
October 21, 2009 | | Leave a Comment
Kat rumah selain ada Izzah n Firas, ada Rayyan (nephew 1 year). Rayyan dah pandai merangkak n pandai panjat tangga. Tak sangka apa yg Rayyan buat Firas nak tiru.
Semalam masa byk Firas main kat bwh, dia pegi kat tangga n try nak panjat.. haha.. kelakar jer.. baru pandai meniarap n merayap2 ada hati nak panjat tangga. Bila dia tak berjaya panjat anak tangga tu, dia pergi kat me and try panjat kaki. Bila dia berjaya dia pegi semula kat anak tangga tu, try nak panjat lagi.. after a few attemp gagal dia duk jer mengadap tangga tu sambil tepuk2 tangga and buat baby talk dia.. hihi
Bila sorg duk kat atas, sorg duk kat bawah.. pandai pulak saling panggil memanggil baby berdua ni. Tak tau la apa dorg ckp sbb dua2 baby talk. Tapi bila duk sekali pandai tuh bergaduh2 manja & berebut bende.
This morning masa nak pergi kerja me n Izzah babai Firas. Firas siap angkat tangan sambil cakap babai kat me n Izzah. Comeii jer. Dia belajar dr Rayyan kot sbb me blum ajar lagi (bz nyer mak dia nih kan). Pas ni confirm apa Rayyan buat Firas akan try/pandai buat jugak…
Oct
16
Salam Hujung Syawal
October 16, 2009 | | Leave a Comment
Tggl 3 hari jer lagi syawal akan meninggalkan kita.. cepat masa berlalu. Post terakhir pun beberapa bulan yg dulu. Projek BNM nih masih on going… patutnya kitorg dah nak kene masuk production bln 11 ni. Tapi nampaknyer mcm postpone jer. Tapi skrg nih dah x bz sgt mcm awal thn hari tu..
Me pun dah get used ngan ada anak 2 org ni. Masa awal2 dulu ala2 kelam kabut jugak la. Izzah pun skrg x terasa n jeles bila me dulukan adik. Kekadang jer la. Maybe sbb me pun x selalu sebelahkan adik.. so Izzah still rasa me ambil berat pada dia. Adik nih pulak.. apa yg kakak pegang n main semua dia nak juga.. so me selalu ckp kat adik.. jgn ambik kakak punya (plus mainan kakak x sesuai utk dia). Kakak pun sama jugak.. kekadang mainan adik pun dia nak main jugak.. me selalu ckp jgn rampas mainan adik, nanti adik akan rampas mainan kakak pulak.
Izzah masih belum boleh baca.. tp dah boleh eja n kenal huruf2. Me pun x harap tinggi. Faham yg dia belum cukup 5 thn pun.. so pencapaian dia skrg dah memuaskan hati. Tadika islam tu pun not bad… Izzah dah boleh hafal mcm2 doa, surah2 lazim dan basic solat. Me janji ngan Izzah, kalau dia boleh kenal huruf.. me akan belikan dia basikal. Masa janji tuh as a motivation pd dia.. sbb awal2 dulu cikgu dia ckp Izzah nih byk x kenal huruf. Nampaknya kene bg hadiah basikal la sempena besday dia. Basikal yg lama pun dah hampir punah n rendah sgt utk dia.
Firas pulak masih belum boleh merangkak. Tapi menyusup (style askar) kesana kemari dengan begitu expert sekali. Compare dgn Izzah dulu, Firas nih berbadan halus tp tinggi. Susu minum x byk, makan pun x byk. Lepas 2 or 3 sudu makan terus mula menyembur2 makanan. Tapi kalu time me makan, me suap dia.. x de pulak dia menyembur2.
Me dah stop eksklusif breast feed since puasa hari tuh. Tercapaila jugak nak fully BF sampai umur Firas 6 bln. Rasa mcm ralat la juga. Tapi me redha. Kalu ada anak no 3 nnt nak try fully BF lama lagi.
Personal life… alhamdulillah, walaupun x dpt promotion hari tu tp at least dpt adjustment gaji. Tapi harapan nyer nak dpt keje gomen yg dekat dgn rumah hehe.. demand la pulak kan..
Jul
4
An update
July 4, 2009 | | Leave a Comment
Bz bz bz.. weekend pun kene kerja.. Tak sabar nak tunggu fermat project go life. quick update….
- Firas dah 5 bulan.. dah pandai meniarap. Suka isap jari.. jari kiri pulak tuh.. bakal2 nak jd kidal kot. Alhamdulillah, masih lagi eksklusif breast feed. Harap2 dapat capai milestone utk fully BF sampai firas 6 bln sekurang2nyer.
- Izzah suker pergi sekolah. Dah ada ramai kawan. Exam hari tu dia dpt no 4 (tadika pun ada exam.. kelakar kan). Me cam x caya jer.. cikgu dia pun cam x caya.. Tanya Izzah kalau2 dia tgk jawapan kawan or kawan dia tunjukkan jawapan kat dia. Izzah cakap “Izzah dah pernah buat la. Sebab tu Izzah tau.”. hehe.. x baik tul la me ni sangsi pada anak sendiri hehe
- Hubby.. masih lagi bz cam dulu2 gak.. sekarang dia ada hobby baru.. berbasikal.. perut pun x buncit sgt dah.. uwaaaa… me yg x de masa nak beriadah skrg.. bz keje… bz jaga anak…
- keje… masih lagi kat sini. Masa maternity leave hari tuh ada panggil utk lapor diri pegawai teknologi maklumat.. tp sbb tgh ML so x gi lapor diri. Dah antar surat rayuan.. tp x tau la apa khabar beritanyer… mmmm kalu ada rezeki keje gomen adalah tu dorg panggil.. kalu tak.. terus la berkhidmat di sektor swasta nih sampai pencen ![]()

Jan
13
Hari pertama Izzah ke sekolah
January 13, 2009 | | 1 Comment
5 Jan 2009 hari pertama Izzah ke sekolah. Izzah masuk tadika islam di SRA Segambut. Malam sebelum tuh ajak dia tidur awal sbb nnt nak bangun awal pergi sekolah. Alhamdulillah, bangun tidur senang, mandi pun senang. Excited jer dia pakai baju sekolah. Kasut dah banyak kali pakai sejak beli. Lepas siap-siap suruh dia sarapan dulu.
Abah pesan kat Izzah nnt lepas hantar dia abah hantar ummi pergi klinik pulak. Dah dekat waktu balik baru abah akan dtg amik Izzah kat skolah. Izzah ckp ‘OK’.
Masa sampai sekolah tuh ramai parents yg baru masa tuh la nak daftar and bayar yuran. So budak2 nih terpaksa lah menunggu. So bila lambat start aktiviti maka adalah budak2 yang sempat la nak menangis and merajuk. Dah settle semua pendaftaran budak2 yang 6 tahun diasingkan dari yg 5 & 4 tahun.
Me tempatkan Izzah kat meja depan sekali. Then tunggu kat luar jer. Tetiba Izzah keluar and ckp ‘Td ummi cakap nak pergi klinik, pergilah balik’. Rasa sedih la pulak sbb kene suruh balik ngan anak haha.. Even dia ckp cam tuh me still tggu dia jugak lagi. Bila Izzah nampak dia jerit dr dalam ‘ummi pergi la balik kata nak pergi klinik’. So terpaksa lah duduk jauh2 bagi dia tak nampak.
Baru nak start kelas then bebudak nih kene masuk kelas 6 thn sbb nak tukar meja kepada meja yang baru. Tak tau la knp skolah tak siap-siapkan dulu sebelum kelas mula. Mujur me and hubby tak balik lagi time tuh. So me tolong carikkan tempat sementara untuk Izzah duduk. After 5 minutes, me pun pergi klinik for maternity check-up. Tinggal lah Izzah seorg di skolah. Abah pun dah nak habis skolah baru datang balik ke sekolah untuk jemput Izzah.
Balik rumah me tanya belajar apa? Izzah cerita itu ini tapi me tak ble nak faham sbb tak nampak apa dia buat. Me tanya cikgu ada bagi makan tak? Izzah cakap makan roti coklat dengan air milo. Tak sedap.. Hihi.. banyak plak komplen dia. Alhamdulillah sebab Izzah OK and tak banyak kerenah.
Dec
31
Izzah… klon abah
December 31, 2008 | | Leave a Comment
Izzah nih banyak tgk TV and suker main-main berlakon. So kekadang ada la ayat2 drama dia yg cam tak sesuai untuk umur dia and cakap pun kuat-kuat. Kalau orang yang tak kenal dgn dia mesti ingat mmg dia suka cakap cam tuh. So me pun nasihatkan la dia.
Ummi: Izzah cuba cakap elok-elok sikit
Izzah: elok-elok
Ummi: (arrgghh tention ada nak gelak pun ada, abah dah gelak2) Nih ikut perangai abah la nih, lahir siap ngan pakej sekali. Cam dah siap install software abah jer kat Izzah nih.
Abah dia suka menyakat, slalu kalau me tak dengar apa dia ckp me suruh dia cakap kuat sikit. But instead of cakap kuat dia akan cakap ‘kuat sikit’. Sekarang perangai tuh dah turun kat anak dia secara automatic tanpa diajar…
Dec
12
Birthday Izzah yang ke 4 (2008)
December 12, 2008 | | 2 Comments
Lupa nak update sal birthday Izzah.. 29 Nov yg lepas birthday Izzah yang ke 4. Buat majlis potong kek mcm tahun lepas. Jemput sepupu-sepupu Izzah yang duduk dekat-dekat rumah jer.
Tahun nih kek power puff girl lagi, actually 2 hari sebelum tuh dah suruh abah pergi tempah kek kat baker’s cottage bangsar. Me tak reti nak pergi sendiri ke sana plus area situ yg mmg slalu byk kete and susah parking. Tapi biasa la.. abah nih busy sokmo. Last2 hari jumaat tuh baru pergi tempat. Baker’s cottage kene at least buat tempahan 2 hari sebelum nak amik. Dipendekkan citer abah tempah kat bread story SS2, punyerlah jauh perginyer.
Memula plan nak buat ptg sabtu, but sebab kek siap ptg sabtu so kene la potong kek malam. Dah la abah blk lambat mlm tuh. Dah kul 8.30 tak sampai rumah lagi.. geram jer . 9.15 baru abah sampai and siap sket2 terus potong kek sebab sepupu2 Izzah semua dah sampai. Bila tengok kek yg abah tempah tuh comel, sejuk hati. Tapi kecik sket compare yg we order last year kat baker’s cottage even sama jer 1kg. Agaknyer bread story nih banyak letak fresh cream kot.
Izzah sekarang dah tau apa nak buat, lepas nyanyi jer terus je dia tiup lilin and potong kek, but of course la me kene guide. Kalu tak mau hancur kek tuh. Then me biar dia main2 dengan sepupu2 dia. Bila semua orang dah balik barulah me and abah bagi hadiah birthday Izzah. Barbie princess ala-ala cam yg Izzah nak. Actually Izzah nak Barbie yg Diamond Castle. Tapi bila rege dia almost rm90 rasa tak berbaloi plak. Last2 beli Barbie princes yg murah sket. Itupun guna voucher Isetan yg me dapat masa lucky draw family day opis. So tak de la rasa ralat sangat nak kuarkan rm60 untuk satu anak patung. Esoknyer.. kasut Barbie tuh dah hilang.. rambut dia pun dah kusut.. mmm kalau ummi tau, ummi beli Barbie yg murah-murah jer.
To Izzah, ummi dan abah doakan semoga Izzah berjaya dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah dan bahagia selalu, murah rezeki dan panjang umur. Ummi dan abah sayang Izzah walaupun ummi selalu marah Izzah bila Izzah nakal (kalau tak nakal mestilah ummi tak marah) and abah tak banyak masa untuk main dengan Izzah. Terima kasih sebab Izzah jadi penyeri hidup dan topik perbualan ummi dan abah.
Dec
9
3D scan & persiapan sambut adik
December 9, 2008 | | Leave a Comment
Semalam me pergi buat 3D scan di Vision College Kelana Jaya. Me tau tentang kolej nih melalui forum di cari.com.my. Bayaran nyer Cuma RM60 + cd yg mengandungi gambar 3D adik and avi file masa tgh scan adik. Murah kalau compare dengan buat kat klinik or hospital swasta (kat gomen belum ade rasanyer). But since dorg nih bukan la doctor tapi orang2 yg hanya arif tentang teknologi sonogram, so don’t expect they will give you macam-macam info pasal your baby and pregnancy macam doctor ble bagi.
Actually dia scan still in 2D format, but then from 2D tuh dia generate jadikan 3D image. Sape-sape nak try boleh call 03-78038300. Kene buat appointment dulu. Masa scan semalam adik tengah nyenyak tidur and tangan dia cover muka dia sket, so x nampak jelas sgt. Comel jer nampak jejari tangan and kaki dia. Muka rasa2 cam nak sama ngan Izzah and abah lagi jer. Jantina kurang pasti sebab adik malu nak tunjuk. So surprise.. tunggu dan lihat jer la nanti yang keluar boy ker girl.
Mengandung kali nih me ada mesin jahit, so dapat la jahit sendiri beberapa kelengkapan adik mcm barut, bedung and nursing pillow. Barut lama Izzah masih ada, tapi sebab dah simpan lama sangat dah ada warna kuning2. kesian la pulak nak bagi adik pakai yg dah lama and takkan as 2nd child semua nak kene waris dari anak yg sulung. So me buat la jugak yang baru untuk adik and beli la jugak beberapa pasang baju baru untuk adik. Cuma baju2 Izzah yang masih nampak mcm baru jer yg di recycle balik. Yang lain semalam me taruk dalam kotak and tulis ‘ Sila ambil ! baju baby and permainan kanak2’ and tinggalkan dekat area tong sampah. Balik dari scan tuh kotak tuh dah tak ada.
Sekarang nih bedung (swaddle) pun dah advance, me beli satu yg instant nyer and try tiru. Hubby cakap sama mcm yang beli. Me buat 2, so dah ble jimat RM100 dah. Masa awal2 mengandung dulu me mang terpikir nak buat bantal bentuk ‘U’ sebab senang nak menyusukan baby. Tak de la lengoh sangat tangan. Time tgh gogle2 carik pasal sling, terjumpa nursing pillow. Rupa-rupanyer bantal untuk menyusu baby nih dah wujud dah. Ish.. kampong sungguh daku ini J. So based on gambar2 and instruction from internet me buat satu mengikut my citarasa. Nih untung nyer bila kita buat sendiri, boleh buat ikut apa yang kita nak. Sarungnya me dah buat awal2 so balik kampunh hari tuh, beli kekabu untuk isi dalam bantal. Hasilnya sungguh memenuhi citarasa ku. Husband pun cakap tak rugi beli mesin jahit J. Projek last sebelum simpan mesin jahit ialah sling. Harap2 sempat la buat sebelum bersalin.












